Park Seo-ham, Jin teman sejati

PELAKON Park Seo-ham dan penyanyi kumpulan BTS, Jin terus menunjukkan ikatan persahabatan yang erat apabila mereka masih berhubung seperti biasa.

Kali ini, Jin atau nama lengkapnya Kim Seok-jin itu menghadiahkan Seo-ham sebotol wain yang dibuat sendiri pada tahun 2022.

Pendedahan tersebut sekali gus membuatkan peminat mengingati momen ahli BTS itu menghasilkan wain tersebut sambil memberitahu ingin menghadiahkan kepada insan penting dalam hidupnya.

Ini bermakna, pelakon berusia 31 tahun itu antara insan istimewa dalam hidup Jin sejak mereka berkenalan pada zaman sama-sama bergelar pelatih di Big Hit. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok