Puteri Sarah terima cincin berlian?

MATA netizen sememangnya mampu ‘menangkap’ banyak benda tersembunyi walaupun dalam sekeping gambar, terutama membabitkan golongan selebriti.

Antara artis yang sentiasa berada di dalam radar perhatian peminat adalah pelakon Puteri Sarah Liyana.

Terbaharu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu dilihat mempromosikan tudung dalam laman sosial iaitu antara aktiviti yang kerap dilakukan.

Namun, kali ini situasi agak berbeza apabila fokus orang ramai tertumpu kepada cincin berlian yang tersarung di jari manisnya.

Tentu saja perkara itu mencetuskan spekulasi tambah-tambah si jelita itu didakwa semakin rapat dengan seorang pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Dalam ruangan komen ada peminat mengusik mengatakan cincin istimewa tersebut hadiah daripada aktor itu.

Sebenarnya netizen pun saja mengusik sebab seronok tengok pasangan sama cantik sama padan itu.

Mizz Lahar difahamkan ramai  memberikan restu terhadap persahabatan kedua-dua personaliti popular itu. Kita tunggu jawapan Puteri Sarah ye.

Mizz Lahar: Ada selebriti popular sedang membilang hari nak bertunang.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok