Kematian Matthew Perry, insafkan Jennifer Aniston

SEJAK kematian pelakon Matthew Perry pada bulan lalu, sahabat baiknya yang juga aktres terkenal, Jennifer Aniston mengakui kehidupannya telah mengalami banyak perubahan.

Ujar Aniston, 54, kematian Perry telah membuatkan dirinya terfikir soal kepentingan menghargai kehidupan serta orang sekeliling.

“Saya selalu termenung dan memikirkan tentang konsep kehidupan. Waktu berlalu dengan sangat cepat dan tidak boleh dikembalikan.

“Sejak kematian sahabat baik saya, Perry, saya sedar betapa pentingnya menjaga hubungan baik dengan orang yang ada disekeliling,” ujarnya.

Tambah pelakon lagi, dia juga sedar bahawa hidup seseorang itu sangat singkat sebenarnya. 

Selagi masih bernafas, seseorang itu perlu menikmati hidupnya dengan penuh gembira sebelum segala-galanya berakhir. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok