Nur Nilam, Azlan Komeng bercerai kerana ‘pelacur peribadi’?

PEMPENGARUH media sosial, Nur Nilam Ortiz mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Azlan Komeng.

Wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

Saya dan Komeng sudah bercerai  tapi kena ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.

“Walaupun saya bukan rakyat Malaysia, saya menghormati undang-undang negara ini,” katanya menerusi sebuah hantaran video dalam TikTok.

Dalam hantaran sama, Nilam turut memberi bayangan punca keretakan rumah tangganya disebabkan orang ketiga yang digelar pelacur peribadi selain menyifatkan penyondol tersebut kebulur suami orang.

Malah, Nilam mendakwa wanita terbabit pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum mereka mendirikan rumahtangga.

“Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau kebulur nak jadi isteri kepada artis.

Aku doakan supaya impian kau menjadi isteri Azlan Komeng tercapai. Boleh ke dari pelacur peribadi menjadi isteri? Semoga berjaya. Aku doakan kau bahagia.

“Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri,” ujarnya.

Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok