“ALIF yang ini (Alif Satar) sahaja yang tiada masalah. Alif lain semua bermasalah.”
Demikian antara komen netizen yang mengharapkan selebriti serba boleh Alif Satar sebagai satu-satunya lelaki bernama Alif bebas kontroversi murahan termasuk tidak sesekali menduakan permaisuri hatinya.
Selain itu, penceramah bebas Datuk Fadzilah Kamsah turut dilihat memuji pelakon dan penyanyi itu seperti mana yang disuarakan pengguna media sosial lain.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar sahaja yang saya kenal. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap,” kata Fazilah.
“Alif Satar sibuk ajak subuh di masjid, bukan ajak bina masalah,” ujar netizen lagi.
“Selebriti bernama Alif paling positif di Malaysia. Gosip pun tidak pernah ada,” komen peminat.
Nama Alif menjadi bualan hangat netizen sejak semalam apabila pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan berpoligami.
Dalam masa sama, isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah meredai perkahwinan kedua suaminya dan turut mendoakan kebahagiaan mereka.
Ini bukan kali pertama nama Alif Satar dikaitkan dengan isu semasa. Sebelum ini, dia turut terpalit dalam konflik yang melibatkan orang lain seperti Aliff Aziz dan Datuk Aliff Syukri. – HIBGLAM