Energi kosong, Shila Amzah letih

PENYANYI Shila Amzah memberi gambaran kesihatan dirinya tidak berada dalam keadaan yang baik menjelang konsert separuh akhir Famili Duo yang bakal berlangsung malam ini apabila memuat naik foto ubat-ubatan.

Dalam beberapa perkongsian, Shila atau Nushahila Amir Amzah, 33, turut berkongsi fotonya ke jabatan kecemasan untuk menerima rawatan.

Selain itu, pelantun lagu Patah Seribu itu juga memuat naik petikan mengenai kepentingan untuk berehat sekiranya terlalu letih demi menjaga kesihatan mental.

“Gagal.

Peratus energi kosong. Rasa letih dan lesu adalah realiti.

“Jangan rasa bersalah untuk memerlukan rehat daripada dunia yang tidak pernah wujud ruang untuk melindungi kesihatan mental anda,” kongsinya.

TANGKAP layar perkongsian Shila Amzah di Instagram Story mengenai keadaan kesihatannya ketika ini.

Pada tahun lalu, isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai itu pernah mendedahkan menghidapi masalah kebimbangan melampau atau anxiety sejak Mac 2022.

Kongsinya, antara faktor yang menjadi punca dia menghidapi masalah kesihatan tersebut seperti kepenatan dan terkesan dengan komen negatif segelintir netizen.

Malam ini, Shila dan adiknya Syahir akan meneruskan perjuangan menentang empat lagi pasangan selebriti di peringkat separuh akhir Famili Duo musim ketiga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok