Berkawan biar ikhlas – Fazura

SENTIASA ikhlas dan jujur dalam bersahabat.”

Demikian peringatan dititipkan aktres terkenal, Nur Fazura buat dirinya dan juga pengikut dalam lama sosial agar sentiasa ikhlas dalam persahabatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, percaya bahawa sahabat yang mempunyai niat tidak baik pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik (jahat), pasti akan terungkai kepada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu,” katanya.

Sekadar perkongsian positif di hari Jumaat, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menasihati pengikutnya supaya tidak memilih bulu dan menjauhi rasa cemburu dalam persahabatan.

“Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Nasihat yang dititipkan Fazura turut mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya apabila rata-rata bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut tentang erti persahabatan.

“Sahabat yang ikhlas sukar dicari. Tapi sekali dapat, hargai betul-betul. Saya rindu sahabat-sahabat saya. Mereka adalah insan terbaik dalam hidup saya,” kata seorang pengikutnya.

“Kerana ikhlas itu tiada harganya. Salam Jumaat Fazura,” ucap seorang lagi pengikutnya.

Bercakap tentang sahabat, pelakon filem Pisau Cukur itu, baru-baru ini menegaskan ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan antara dirinya dengan selebriti popular, Neelofa adalah tidak benar.

Pun begitu, Fazura berkata dirinya juga sama seperti orang lain apabila berhak menentukan dengan siapa dia berhak berkawan.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan adalah tidak betul dan tidak pasti apa niatnya. Saya juga sama seperti orang lain, berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok