WALAUPUN mungkin dilakukan sekadar gurauan atau hiburan ketika berparti, tindakan pelakon Mas Khan berpenampilan seperti wanita mengejutkan ramai pihak.
Perkongsian dalam akaun TikToknya menunjukkan aktor berusia 29 tahun itu menggayakan gaun hitam bersama rambut palsu lengkap solekan tebal.
Bahkan, Mas Khan yang berkongsi video penampilan tersebut secara berseloroh turut memaklumkan pangilan namanya kini telah ditukar kepada Masyitah.
Sudah tentu hantaran berkenaan mencetuskan kemarahan ramai yang memintanya segera bertaubat kerana bukan saja meniru wanita, malah turut menyambut perayaan agama lain iaitu Halloween.
Pelakon Gerak Khas itu juga dilihat sengaja berkongsi video yang dirakam dari luar kenderaannya, menampilkan dirinya berpakaian seksi dengan bahagian bahu terdedah.
Alahai apa nak jadi Mas Khan? Mungkin benar komen dilayangkan netizen ini adalah cara paling mudah untuk raih perhatian.
Mizz Lahar: Dengarnya ada personaliti popular sertai parti Halloween tapi tak kongsi pun dalam media sosial.