NAMPAKNYA drama Cinta Dalam Sekam memang cetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan pencinta karya tempatan.
Bukan sahaja jalan cerita dipuji tetapi keserasian hero dan heroinnya iaitu Amir Ahnaf dengan Siti Khadijah juga meraih pujian melambung. Kata peminat, cinta mereka dalam drama itu sampai ke jiwa.
Lain macam penangan Amir dan Siti! Disebabkan keserasian itu, seperti biasa pasti muncul peminat yang berharap mereka benar-benar bercinta di dunia realiti.
“Jadi, Amir Ahnaf dan Siti Khadijah adalah BASS yang seterusnya? Mari semua, bagi jadi,” kata seorang netizen.
Seram juga Diva baca komen-komen yang memang berharap sebab setahu Diva, Amir dan Siti hanya sekadar kawan, percintaan itu semua sekadar lakonan sahaja.
Janganlah menyampah pula ya. Inilah lumrah bila keserasian menjadi.
DIVA: Ramai yang makin tak sabar menanti hari bahagia Bella Astillah dan Syed Saddiq.
