Radin kini suami Amirah, emas kahwin pohon emas RM15,000

DENGAN sekali lafaz, penyampai radio Era, Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, sah bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills, kira-kira pukul 9.02 malam tadi

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin dengan disaksikan penolong pendaftar perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman.

Radin memberikan mas kahwin berupa pohon emas bernilai RM15,020.26.

Majlis yang bertemakan serba putih itu turut dihadiri 500 tetamu termasu tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

Antara rakan selebriti yang turut hadir menyaksikan penyatuan dua jiwa itu adalah Syed Saddiq, Bella Astillah, Erra Fazira, Nabila Razali dan penyampai-penyampai radio Era.

Nabil Ahmad, DJ Nas dan Azad Jasmin pula ditugaskan sebagai pembawa dulang.

Difahamkan Radin dan isterinya berkenalan sejak lebih setahun lalu. Namun hubungan mereka tidak diumumkan secara umum sehinggalah detik-detik terakhir sebelum diijabkabulkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok