“Dalam sekelip mata, mereka hilang segala-galanya…”

TRAGEDI kebakaran yang melanda Maahad Tahfiz Miftahul Ulum baru-baru ini bukan sahaja memusnahkan kemudahan fizikal, namun meninggalkan kesan emosi mendalam kepada para pelajarnya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa, Estika Medispa tampil menghulur bantuan dengan menyalurkan sumbangan kewangan bagi membantu keperluan segera pengurusan maahad serta pelajar yang terjejas.

Pengasasnya, Dr. Haq berkata, keadaan pelajar yang kehilangan tempat belajar dan keperluan asas dalam sekelip mata menjadi titik tolak kepada tindakan pantas pihaknya untuk turun padang.

Apa yang paling menyentuh hati kami adalah apabila melihat dalam sekelip mata mereka ini hilang segalanya, bukan sahaja kemudahan pembelajaran, tetapi juga keperluan asas, emosi dan rasa selamat mereka.

“Kami percaya apabila sesuatu berlaku dalam komuniti, kita semua ada tanggungjawab untuk membantu,” katanya.

Tambah Dr. Haq, bantuan yang disalurkan adalah langkah awal, dan pihak Estika kini sedang menilai bentuk sokongan susulan yang lebih tersusun bagi membantu proses pemulihan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum.

Dalam pada itu, Dr. Haq menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar bantuan sekali sahaja, sebaliknya merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Estika dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“CSR bagi Estika bukan sekadar aktiviti sekali-sekala, tetapi satu tanggungjawab yang kami pegang secara konsisten dalam memberi impak kepada masyarakat.

“Pemilihan komuniti untuk dibantu adalah berdasarkan tahap keperluan dan kesan sesuatu kejadian terhadap kehidupan mereka.

“Kes seperti ini jelas memerlukan bantuan segera. Kami juga memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok