Menurut Linda, dia hanya mahu fokus terhadap program Talk To My Manager 2 (TTMM2) selaku pengurus kepada anaknya, Tengku Ratu Haidar berbanding isu peribadi.
Tak apa, tiada nak komen apa-apa. Cuma tentang Talk To My Manager saja,” katanya ringkas kepada HibGlam selepas konsert minggu pertama TTMM2, malam tadi.
Bekas pengajar tari Akademi Fantasia itu turut memberi respons serupa apabila ditanya sama ada terbuka menerima kehadiran Que bagi memberikan sokongan kepada Ratu pada konsert mingguan TTMM2 seterusnya.
“Saya tak tahu, ‘no comment’,” katanya lagi.
Sebelum ini, Linda mencuri perhatian apabila meninggalkan komen dalam media sosial dengan memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan.
Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. – HIBGLAM
