383
CEPAT bertukar pasangan kekasih selepas putus cinta, penyanyi Hyuna enggan ambil pusing dengan caci maki netizen yang melabelkannya perempuan sundal.
Ujar idola berusia 31 tahun itu, khalayak berhak bersuara dan mempunyai pendapat sendiri, namun pada akhirnya hanya dirinya sahaja yang mengetahui perkara sebenar.
“Saya bukannya sehari dua dalam industri, biarlah apa orang nak kata, asalkan saya tak kacau hidup mereka.
“Hidup hanya sekali, jadi nikmatilah sebaiknya, jangan jadikan patah hati sebagai alasan untuk kita terus bermuram durja,” katanya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM