PENYANYI Kim Hyun-joong mendedahkan wajah keluarga kecilnya buat tatapan umum pada majlis ulang tahun pertama kelahiran anak lelakinya.
Dalam majlis tersebut, Hyun-joong sempat memberikan ucapan sangat indah buat isteri dan anaknya yang telah banyak mengubah hidupnya ke arah lebih bermakna.
“Saya dan isteri berkenalan sejak di bangku sekolah menengah hingga awal kerjaya kami.
“Saya rasa dia (isteri) sangat sempurna. Dia ubah hidup saya dan saya memutuskan untuk berkahwin dengannya sekali gus menjadi hak mutlak saya.
“Isteri saya seorang yang realistik dan bijak.
“Buat anak pula, saya akan membesarkannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tidak sedikit pun merasa sedih atau kekurangan perhatian,” ucapnya panjang lebar.
Lebih menarik, majlis istimewa terbabit turut dihadiri oleh ramai kenalan Hyun-joong dalam industri hiburan.
1.7K