TERPANGGIL memberi pandangan berhubung dakwaan isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin yang kesal dikenakan harga cekik darah sebuah kedai makan di Johor, pelakon Linda Hashim tampil bersuara.
Linda menerusi berpendapat Ekin sepatutnya bertanya terus den
gan pemilik restoran makanan laut itu apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga yang dikenakan.
Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat siaran langsung (live).
“Kasihan peniaga sekarang, naik harga saja kena kecam, ingatkan artis sahaja selalu kena kecam.
“Lain kali kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okey. Tak baik, kesian mak cik tu,” ujar Linda.
Sementara itu, aktres berusia 39 tahun itu turut membalas komen daripada netizen dengan mengiyakan pertanyaan sama ada pemilik premis tersebut adalah ibu saudaranya.
Ya, dia makcik saya,” balas Linda ringkas.
Sebelum ini kecoh dalam media sosial apabila Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.
Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil menjelaskan Ekin datang ke gerainya bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September lalu.
Tambahnya, Ekin dan keluarga membuat pesanan 11 jenis hidangan berbeza termasuk siakap tiga rasa, udang mentega, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.
Tidak mahu isu berpanjangan, pemilik kedai turut menyatakan pihak mereka bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan keadaan. – HIBGLAM.