Biadab! Minta sudu aiskrim diberinya ‘chopstick’ – Alyah

PENYANYI Datin Alyah berang gara-gara tidak diberi beg plastik dan sudu ais krim ketika membeli-belah di sebuah pasar raya mini di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Sudahlah beg plastik tidak ada. Beli ais krim mangkuk tidak ada sudu. Bila minta sudu dia (pekerja) bagi semangkuk chopstick (penyepit). Nak saya sepit kepala dia ke?

“Dia suruh saya cari sudu ais krim itu sendiri apabila kita kata tidak ada, cashier (juruwang) buat bodoh sambil jawab sudah habis.

Sudah tahu sudu ais krim habis yang kau jual kenapa? Kau ingat semua orang yang beli ais krim ini makan di rumah ke?,” tulis Alyah dalam hantaran Instagram.

Menambahkan lagi kemarahan Alyah apabila pekerja di pasar raya mini berkenaan bersikap acuh tidak acuh dengan pertanyaannya selain didakwa sombong.

Bila kita naik angin pada dia senang saja dia jawab, pengurus kata jangan layan.

“Baik tutup saja, pekerja pun menyombong macam kita yang minta duit dia pula, padahal kita yang beri dia duit,” getus Alyah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Tegas Alyah lagi, dia bukan marah hanya kerana tidak mendapat beg plastik mahupun sudu ais krim tetapi kerana sikap pekerja pasar raya mini tersebut yang disifatkan biadab terhadap pelanggan.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikutnya berkongsi pernah melalui pengalaman serupa ketika membeli-belah di pasar raya mini itu.

Namun ada juga pengikutnya menjelaskan, sudah lama pasar raya mini popular itu tidak menyediakan beg plastik dan meminta supaya isteri kepada Datuk Ramli MS itu menyediakan beg ‘shopping’ di dalam kereta pada masa depan.

Malah kata pengikutnya lagi, kebiasaannya, pasar raya mini berkenaan ada menyediakan beg ‘shopping’ yang boleh dibeli pelanggan.

Tak semua kita keluar memang kene sediakan beg plastik. Habis kalau sudah kecemasan nak beli barang-barang, kedai runcit Aceh pun ada beg plastik.

“Pekerja itu tidak beritahu pun ada beg ‘shopping’ yang boleh dibeli,” balas Alyah dalam ruangan komen. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok