[VIDEO] Jauhi lelaki mengadu masalah rumah tangga, dia gatal – Che Ta

TERPANGGIL mengingatkan wanita agar jangan terpedaya dengan ‘air mata buaya’, pelakon Rozita Che Wan, 51, menyifatkan suami orang yang gemar meluahkan masalah rumah tangga sebagai lelaki gatal.

Pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar atau mesra disapa Che T itu berkata, tujuan berkongsi cerita hal dalam kain dengan orang luar antara cubaan menarik perhatian perempuan lain.

“Pesanan khidmat masyarakat ini untuk anak-anak dara yang tak mahu terjebak dengan suami orang.

Kalau ada suami orang nak mengadu masalah, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal,” katanya dalam video di TikTok.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut memberi amaran kepada kaum hawa agar menjauhi individu yang mempunyai ciri-ciri penggoda.

Ujarnya, hubungan terlarang boleh dielakkan sekiranya wanita tidak bertindak sebagai penyelamat.

“Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia, selamatkan diri sendiri daripada jantan gatal macam itu.

Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca.

“Kalau tak nak ada ‘affair’ dengan suami orang elak dari awal,” ujarnya.

Lebih melucukan apabila anaknya, Aaisyah Dhia Rana turut terkena tempias bebelan pelakon drama Kiah Pekasam itu.

Menerusi ruangan komen, netizen sependapat dengan Che Ta, selain meletakkan kesalahan menjalin hubungan sulit kepada kedua-dua pihak.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama sahaja,” ujar seorang peminat.

“Betul, tak perlu nak jadi penyelamat sangat. Jaga diri sendiri,” kata netizen. – HIBGLAM

@rozitachewan1 Pesanan khidmat ni utk anak anak daqa yg tak mau terjebak dgn laki org na 🤗🤗🤗🤗. Dan hat mana yg nk galaih handbag2 yg che ta nk bagi ni lekaih grab 2 set cekang jelita 🤗 . #fyp #cheta #rozitachewan #cekangjelita #serumcheta #rcw #chloe #valentino ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok