‘Usah tertipu, saya tak pernah sapu anak krim ‘tantrum”

BERANG wajah anak digunakan sebagai testimoni palsu, usahawan selebriti Betty Rahmad menempelak taktik kotor pengeluar produk makanan tambahan kanak-kanak yang menipu orang ramai.

Kata Betty atau Norsha Rahmad Ali, sejak dulu dia tidak pernah memberikan sebarang suplemen kepada putera tunggal mereka, Ardy Wira Ardy Syafiq yang kini berusia lima tahun, apatah lagi menjadi testimoni produk.

Tolonglah jangan meniaga dengan menipu orang macam ini.

“Saya tidak pernah sapu apa-apa krim tantrum atau sebagainya kepada Wira atau bagi apa-apa makanan tambahan untuk bagi dia pandai,” katanya dalam hantaran Instagram.

Betty, 43, berkata sikap, tingkah laku mahu pun tahap perkembangan setiap kanak-kanak adalah aturan tuhan.

Pada perkongsian sama, adik kepada pengarah Erma Fatima itu juga berharap orang ramai tidak terpedaya dengan iklan palsu tersebut.

Semuanya atas izin Allah dan saya serta suami berusaha sehabis baik untuk itu. Jangan percaya okey pengikut saya,” ujarnya.

Betty turut memuat naik tangkap layar memaparkan berita yang mengatakan anaknya merupakan testimoni krim khas untuk kanak-kanak yang mengalami tantrum.

Menerusi satu lagi hantaran Betty turut menegaskan mereka sekeluarga tidak pernah mewakili mana-mana produk kesihatan berkaitan kanak-kanak.

Ujarnya, sebagai ibu paling penting adalah memastikan si kecil mendapat tidur yang mencukupi selain pemakanan seimbang untuk anak kekal cergas.

“Kalau nak fikir meniaga, saya dari dulu dah jual segala makanan tambahan kanak-kanak, krim lepas tu boleh propa (menipu) cakap Wira pakai untuk dia perangai elok dan bijak.

Saya tidak pernah ambil ‘endorsement’ atau kempen mahupun ulas benda-benda macam ini sebab memang Wira tak ambil apa-apa.

“Saya percaya untuk anak sihat kena jaga semua sudut seperti ambil makanan sihat, tidur cukup dan mak bapa yang rajin berkomunikasi serta didik anak,” ulasnya.

Telatah Ardy kerap dikongsikan ibunya sejak kecil, bahkan ramai kagum terhadap kebijaksanaannya terutama momen dia melaungkan azan buat pertama kali biarpun ketika itu baru berusia empat tahun 10 bulan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok