Saya boleh gayakan kaftan seumur hidup – Leona

PEMPENGARUH popular Kasih Iris Leona tidak kisah andai memakai baju kaftan atau kelawar seumur hidupnya.

Leona, 22, menerusi perkongsian terbaharu dalam media sosial meluahkan rasa cintanya terhadap keselesaan menggayakan kaftan yang lazim dengan dirinya pada waktu senggang.

Kalau ada satu pakaian yang saya akan gayakan seumur hidup, tentunya (pakaian tersebut) adalah baju kaftan atau baju kelawar,” coretnya.

Menerusi video terbabit, Leona yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman menggayakAn kaftan rona merah jambu yang menjadi signaturnya setiap kali bersiaran langsung dalam TikTok.

Acap kali viral dalam media sosial, Leona menerusi Instagram mendedahkan pulang ke tanah air selepas lama bermaustatin di London atas urusan melanjutkan pelajaran.

‘Guess who’s home’ (cuba teka siapa sekarang dah pulang),” kongsi Leona seraya menyertakan foto awan dan pesawat syarikat penerbangan nasional negara.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa gembira Leona sudah pulang ke tanah air selepas lama bermastautin di London bagi melanjutkan pengajian di Universiti Bath.

Dia gembira betul dapat balik kampung.

“Ingatkan dia nak cakap baju kelawar sebab saya pun suka pakai baju sama,” demikian antara komen peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok