Siapa itu Aliff Aziz? – Leona

PEMPENGARUH sensasi, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengakui tidak mengenali penyanyi Aliff Aziz yang kini hangat diperkatakan dalam media sosial.

Menerusi hantaran video dalam Tiktok, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu memohon agar tidak mengajukan soalan yang tidak masuk akal kepadanya.

Siapa itu Aliff Aziz? Saya tidak kenal dia.

“Saya tak tahu kenapa kalian tanya tentang lelaki yang saya tidak kenal. Jangan tanya pelik-peliklah korang,” jelasnya.

‘Lebih lucu apabila Leona tidak mengetahui maksud di sebalik perkataan ‘buaya” yang turut mencuri perhatian ramai.

“Buaya? Maksudnya apa itu? Kalau panggil orang buaya?

Buaya itu ramai perempuan, oh itu tak bagus sangat.

“Kalau macam itu, saya pun buaya,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, dalam hantaran video terbaharu, Leona mendedahkan sudah mengenali Aliff setelah mencari jawapan dalam internet.

Lebih menggelikan hati, Leona menunjukkan kertas ditulis perkataan LU yang trending dalam kalangan netizen berikutan perbualan pelakon Ruhainies dan Aliff dalam Whatsapp.

Macam manalah si Leona tak tahu lelaki ini. Jadi saya pun menyiasat lelaki yang netizen kata saya patut kenal.

“Dan, saya ada satu benda sahaja yang saya mahu katakan, LU,” selorohnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok