Lisa, Frederick lawat muzium seni Paris

KHABAR angin hubungan cinta antara anggota kumpulan Blackpink, Lisa dan ahli perniagaan, Frederic Arnault sudah lama meledak malah pergerakan pasangan terbabit sering menjadi perhatian khalayak.

Terbaharu, seorang peminat mendakwa terserempak dengan pasangan sama cantik sama padan itu meluangkan masa bersama di muzium seni di Paris pada minggu lalu.

Lebih menguatkan dakwaan apabila sebuah foto mirip penyanyi terbabit sedang menikmati ais krim bersama seorang lelaki tinggi lampai yang dipercayai Frederic.

Kata peminat tersebut, Lisa dan Frederic dilihat sangat tenang menikmati percutian tanpa menyembunyikan identiti mereka.

Ini bukan kali pertama pasangan itu tampil di tempat awam, mereka pernah dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Paris. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok