Bukan gereja, Alif Satar & The Locos bikin konsert dalam dewan

Gara-gara mengadakan konsert di lokasi yang disangka gereja di London, penyanyi Alif Satar dan kumpulannya The Locos menjadi sasaran kecaman netizen.

Lebih teruk apabila seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan  menyifatkan Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, cakap tidak serupa bikin.

Lepas dia layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan goyang macam disko dekat gereja pula,” dakwa netizen itu menerusi hantaran dalam TikTok.

Hantaran tersebut meraih perhatian pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu yang memilih untuk memaafkan segala tuduhan individu terbabit.

Tak apa la bro, kau tak tahu,” komennya ringkas.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dipercayai rakan kepada Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, kekeliruan mengenai lokasi persembahan itu terungkai.

Katanya, dewan berkenaan sering disewakan untuk pelbagai majlis, sekali gus Zaidan percaya bapa kepada tiga cahaya mata itu teliti dalam memilih lokasi persembahan.

Alif juga dilihat mengulang siar hantaran berkenaan dalam Instagram miliknya, selain berterima kasih kepada Zaidan atas penjelasan diberi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mempertahankan artis versatil itu sekali gus menyelar dakwaan individu yang menabur fitnah.

Dasar ‘bimbo’, ini dewan orang ramai. Tempat tu nama Hyde Park, bukan gereja, buat malu sahaja,” komen seorang peminat.

“Amalkan buat kajian dahulu sebelum tabur apa-apa tuduhan, takut hujung-hujung diri sendiri yang malu dek kebodohan tanpa sedar,” demikian komen seorang lagi peminat.

Barangkali malu ditampar realiti, semakan Kosmo! Online mendapati hantaran individu tersebut telah pun dipadam.

Pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos telah mengadakan konsert jelajah United Kingdom di St John’s, Hyde Park, London yang ditaja sepenuhnya GB Gold. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok