Ainul Aishah bakal timang anak perempuan

DUA tahun menunggu kehadiran cahaya mata, pelakon Ainul Aishah mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Pendedahan tersebut dibuat pemilik nama lengkap Ainul Aishah Azizun itu menerusi Instagramnya hari ini menerusi majlis ‘gender reveal’ bersama rakan-rakannya.

“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.

“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” katanya sambil mendedahkan jantina bayinya.

Sebelum ini, pelakon filem Nana Tanjung itu mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu namun tidak mendedahkan jantina anaknya.

Ainul dan suaminya, Khalid Redzuan mendirikan rumah tangga 18 September 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok