Uqasha Senrose kini bergelar ibu

PENANTIAN panjang pelakon  jelita Uqasha Senrose berakhir apabila selamat melahirkan anak sulungnya pada awal pagi tadi.

Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, 32, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puterinya yang diberi nama Uqaira.

“Alhamdulilah selamat melahirkan ‘my little princess’ (puteri kecil saya) subuh tadi.

“Selamat datang ke dunia sayangku, saya sayang awak sangat, Uqaira sayang,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut memaklumkan berat bayinya adalah 2.72 kilogram (kg) menerusi hantaran sama.

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok