Persoal tentang motif, Caprice sindir Sarah Yasmine?

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memuat naik status berbaur sinikal  yang dipercayai ditujukan buat wanita bernama Sarah Yasmine.

Diam seribu bahasa biarpun satu demi satu pendedahan dilakukan wanita kelahiran Singapura terbabit, pelantun lagu Dem Girls terbabit hanya tertawa dengan semua itu.

I told you (kan saya dah kata),” sindir Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, menerusi Instagram.

Caprice juga memuat naik satu lagi status umpamanya memberi gambaran motif pembongkaran Sarah yang semuanya mempunyai kepentingan sendiri.

Boleh dah nilai sendiri motif,” coretnya seraya menyertakan emoji berbentuk ibu jari atau ‘thumb up’.

Terdahulu, Caprice sepatutnya menyelesaikan kemelut tercetus antara Bella Astillah, Aliff Aziz dan Ruhainies sebelum semuanya ‘dipatahkan’ dengan pendedahan berani mati Sarah.

TANGKAP layar sindiran Caprice yang dimuat naik dalam Insta Story miliknya.

Caprice mendakwa disabotaj seseorang sehingga jalan perdamaian yang diusahakan tidak dapat direalisasikan.

Sepatutnya kesemua empat individu termasuk Aliff, Bella dan Sarah bersemuka di rumahnya beberapa hari lalu.

Namun, perjumpaan tersebut dibatalkan selepas individu Sarah mengubah pelan asal membuat pendedahan beberapa jam sebelum perdamaian terjadi.

“Dia (Sarah) yang minta bantuan tapi bila kita dapat semua pihak dalam tempoh 24 jam untuk berdamai di rumah saya (Khamis), tiba-tiba dia sendiri tukar rancangan pada saat akhir,” ujar Caprice. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok