Terima kasih, selamat tinggal Sarah Yasmine – Aliff Aziz

Terima kasih dan selamat tinggal.”

Itu kata-kata terakhir yang diucapkan pelakon sensasi, Aliff Aziz kepada wanita didakwa bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine selepas melakukan semua pendedahan mengejutkan mengenai kecurangannya baru-baru ini.

Aliff mengakui tidak percaya dan masih mempersoalkan tindakan Sarah yang tergamak membuka semua aib dengan mendedahkan perbualan peribadinya kepada umum.

“Saya tak percaya bila lihat dia buat begitu dan rasa macam kenapa perlu dia dedahkan?

Sehingga sekarang, saya masih tertanya-tanya mengapa dia rasa tindakannya untuk saya sedangkan sedar perkara tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya dalam temu bual audio siar semalam.

Ujar Aliff, Sarah juga tidak sepatutnya melakukan pendedahan ‘gila’ tersebut hanya dengan alasan untuk menyelamatkan dan rasa sayang kepada dirinya.

“Macam mana dia boleh rasa dia buat benda ini untuk alasan sayang atau untuk bantu bersihkan nama saya?

Kesimpulannya, apa niat sebenar dia dedahkan semua benda itu hanya dia sahaja yang tahu.

“Saya tiada hak untuk tuduh dia macam-macam tetapi kenapa?” soal pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu.

Bukan hanya mempersoalkan tindakan Sarah, Aliff berpesan agar wanita itu menikmati publisiti yang diraihnya selepas membuat pelbagai pendedahan mengejutkan minggu lalu.

Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan sedangkan kita tahu banyak benda yang sangat sensitif.

“Tapi dia buat juga dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar tetapi saya harap dia nikmati ‘5 minute of fame’ (populariti lima minit) ini,” jelasnya.

Aliff juga turut berharap Sarah dapat menikmati tidur lena selepas melakukan perkara yang mengeruhkan lagi situasi semasa.

Harap dengan apa yang dia sudah buat, dia boleh tidur dengan lena waktu malam.

“Namun, berhati-hatilah kerana setiap perkara yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya.

Apa yang sudah berlaku pun kita tak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan selamat tinggal,” katanya.

Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap Aliff.

Dia turut mengejutkan ramai dengan memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp wanita bernama NRF iaitu Ruhainies dengan Aliff yang membincangkan pelbagai perkara termasuk kes khalwat mereka dan komplot menjatuhkan Bella. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok