‘Dulu Tailong, sekarang panggil saya Cikgu Sunan’

ANAK seni datang dan pergi. Ibarat kata pepatah, tiada yang baharu jika tiada yang lama, sehebat manapun orang baharu, orang lama tetap unggul.

Aura tersebut ternyata dimiliki lelaki bernama Datuk Rosyam Nor. Pada usia sudah memasuki separuh abad, Rosyam masih ditawarkan watak utama. Lebih mengujakan, karakter yang digalas kali ini agak berlainan, iaitu pertama kali memikul tanggungjawab sebagai cikgu dalam filem Memoir Seorang Guru.

Saya bersyukur pada usia 57 tahun masih ada produksi bagi saya peranan utama. Bebanan besar sebenarnya memegang watak cikgu kerana dialah karakter utama naskhah berkenaan,” katanya.

Menjadi bapa kepada lima cahaya mata dan majikan kepada pekerjanya, Rosyam mengalihkan jiwa ‘pendidik’ dalam kehidupannya itu sebagai asas melakonkan watak  guru dalam Memoir Seorang Guru.

Tidak terlalu selektif dalam soal, watak lakonan, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor Shamsuddin bagaimanapun akan menolak karakter-karakter yang disifatkan tidak mampu dijayakan.

“Saya sebenarnya terima apa sahaja watak kecuali peranan perenang ataupun penari kerana saya tidak mampu berbuat demikian.

“Saya pernah dapat tawaran yang perlu menari daripada Les Copaque iaitu menjadi M. Daud Kilau dalam sebuah karya,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, Rosyam mendedahkan dia sudah menerima tawaran tersebut tetapi terpaksa menolak selepas memikirkan kesan sekiranya meneruskan komitmen berkenaan.

Sepatutnya kalau saya tidak tolak, akan menjalani penggambaran pada bila-bila masa sahaja sebelum beliau (M. Daud Kilau) meninggal dunia,” ujarnya.

Mengenali, pelakon, penerbit juga usahawan berjaya itu, Rosyam pernah melekat dengan gelaran Tailong dek impak filem KL Gangster.

Watak tersebut bukan sahaja menjenamakan semula Rosyam ketika itu, malah meletakkan dirinya di kerusi ‘penjenayah otai’ dalam naskhah layar perak.

Rosyam menyifatkan bintang cilik (dari kiri) Syed Muhammad Baqir, Hafiy Altamis, Kiky Hannah, Danish Zamri yang berlakon bersamanya dalam Memoir Seorang Guru sebagai kanak-kanak pintar berbakat besar.

Namun, disebabkan rasa cinta terhadap watak dalam filem arahan Kyoll Hamzah, Rosyam kini mahu dikenali sebagai Cikgu Sunan.

Guru satu watak besar yang boleh dikategorikan sebagai hero tetapi bukan seperti hero filem aksi.

“Namun, guru adalah hero kepada seluruh manusia. Ini watak yang tidak boleh dilepaskan.

Kalau boleh apabila filem ini keluar, saya nak orang panggil saya cikgu. Saya juga mahu pikat hati orang.

“Dahulu orang panggil saya Tailong, kali ini saya mahu orang panggil saya Cikgu Sunan,” ujarnya.

Baca artikel penuh menerusi www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! secara fizikal di kedai-kedai berdekatan.
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok