[VIDEO] Doa di Mekah makbul, Adira syukur kemelut rumah tangga berakhir

Alhamdulillah, semua dah selesai.”

Demikian kata penyanyi Adira Suhaimi yang meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya dengan Datuk Seri Adnan Abu, 46, akhirnya menemui noktah.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, doanya ketika berada di Tanah Suci semasa menunaikan umrah, baru-baru ini dimakbulkan Ilahi.

Saya sangat bersyukur sebab akhirnya dah selesai. Saya banyak berdoa agar Allah lembutkan hati dia.

“Sejujurnya saya memang banyak berdoa di Tanah Suci. Alhamdulillah saya sangat bersyukur doa makbul,” katanya kepada HibGlam.

Adira ditemui sebaik selesai sebutan perceraiannya dengan Adnan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.

Enggan bersengketa, pelantun lagu Pujaan Hati itu memilih untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suami agar mudah untuk mereka berkomunikasi selepas ini.

Tak semestinya nak bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan masing-masing. Macam mana pun anak-anak tetap kami akan besarkan bersama-sama.

“Kami ambil langkah untuk tidak bergaduh supaya senang untuk berhubung selepas ini,” ujarnya.

Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.

Adnan yang dikenali sebagai Datuk Red, 46 melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gambak Barat, Rawang, Selangor.

Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

Pasangan terbabit berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok