Tolong carikan saya teman wanita – RM

MENGAKUI masih solo, ketua kumpulan BTS, RM meminta bantuan Army (kelab peminat) mencarikan wanita yang sesuai untuk dijadikan kekasihnya.

“Saya benar-benar mahukan teman wanita tetapi belum ada. Bolehkan kalian memperkenalkan saya kepada seseorang?,” ujarnya kepada peminat.

RM meluahkan perkara tersebut ketika mengadakan siaran langsung bersama peminat menerusi platform WeVerse dan menjawab persoalan peminat tentang status hatinya.

Susulan itu, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi peminat menawarkan diri untuk menjadi pasangan kepada bintang K-Pop sensasi itu.

Meredakan keadaan, RM berkata, meskipun tidak mempunyai teman hidup Army sentiasa menjadi kesayangannya selama-lamanya.

“Walaupun tiada teman wanita, saya ada Army, saya sayang kalian,” ujar RM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok