Perkahwinan bukan cinta semata-mata – Diana Danielle

SUDAH lama juga tak dengar cerita Diana Danielle sejak dia dan Farid Kamil rujuk kembali selepas bercerai talak satu Ogos lalu.

Baru-baru ini, ada juga pihak yang masih mempersoalkan tentang keputusan mereka kembali bersatu sebagai suami isteri. Bagi Diva, jawapan Diana sangat matang.

Katanya, cinta bukan faktor utama keputusan tersebut diambil tetapi lebih kepada tanggungjawab.

“Perkahwinan bukan tentang perasaan semata-mata tetapi satu tanggungjawab besar.

“Jadi, saya rujuk bukan hanya disebabkan cinta semata-mata. Ini bukan fasa nak bercinta ‘nyeh nyeh nyeh’,” kongsinya dalam media sosial baru-baru ini.

Suka betul dengan jawapan bukan sebab cinta itu. Nampaknya perpisahan tersebut mengajar banyak benda dan mematangkan.

Jadi betullah orang cakap, benda buruk yang berlaku pun pasti ada hikmah di sebaliknya.

Doa Diva, semoga Diana dan Farid berbahagia hingga ke anak cucu. Ramai juga yang doa ada berita baik tentang cahaya mata ketiga pula.

DIVA: Terkejut juga dengar gosip pengarah terkenal sudah ada kekasih sedangkan baru sahaja bernikah kali kedua. Kasihan isteri baharu itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok