DRAMA Perempuan Itu sememangnya meninggalkan impak besar kepada para penonton termasuk golongan selebriti yang meminati naskhah Erma Fatima itu.
Antara selebriti tanah air yang turut terjebak dengan fenomena drama itu ialah Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Norman Hakim.
Masakan tidak, mereka turut melakonkan semula beberapa babak popular drama tersebut dalam TikTok.
Paling menarik perhatian ialah babak ketika Memey yang menjadi Khalish lakonan Mimi Lana memarahi Abby (Siti Hariesa) yang merampas suaminya.
Kata netizen, babak tersebut sepertinya kontra dengan realiti kehidupan yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini.
“Mereka berdua memang juara sebab boleh bergurau perkara yang pernah jadi kisah hitam antara mereka sebelum ini.
“Memey dan Abby saling menyayangi, sebab itu Allah beri keredaan dalam hati mereka,” demikian antara komen netizen.