Sunmi kalis gosip cinta

SETELAH 17 tahun bergiat aktif dalam dunia seni, penyanyi Sunmi akui tidak pernah dikaitkan dengan gosip cinta.

Ini kerana dia lebih rela mengelak daripada terpalit spekulasi demi kelangsungan karier.

“Saya tidak mempunyai kawan rapat lelaki dan kenalan terdekat hanyalah pengurus, jurusolek dan penyanyi Park Jin-young.

“Selain itu, saya menganggap kenalan lelaki sebagai rakan tanpa ada hubungan lain,” dedahnya dalam sebuah video YouTube berjudul Asking Sunmi Constantly.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok