Park Hye-soo bukan pembuli, saman pemfitnah

PELAKON Park Hye-soo bersama agensinya mengumumkan telah memfailkan aduan jenayah terhadap individu yang menyebarkan fitnah dirinya terlibat dalam kes buli dan keganasan di sekolah.

Agensi pelakon tersebut, Ghost Studio berkata, selepas beberapa siasatan dilakukan, dakwaan yang dilemparkan terhadap artis jagaannya adalah tuduhan berat tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Agensi penyiasat menemui bukti penting bahawa pemfitnah terbabit sengaja menyebarkan maklumat palsu dengan niat mahu merosakkan reputasi Park Hye-soo.

“Pelbagai siasatan sedang dijalankan dan pihak yang menyebarkan berita palsu ini akan diheret ke muka pengadilan seterusnya mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Terdahulu, tuduhan Park Hye Soo terlibat dengan kes buli dan keganasan hangat diperkatakan di media sosial berikutan fitnah itu.

Individu yang mengaku rakan sekelas Hye-soo di sekolah menengah mendakwa pelakon itu telah mengambil wang daripada pelajar junior dan berkelakuan ganas.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok