MINGGU ini, Diva memang agak rimas sebab setiap kali buka media sosial, memang berlambak-lambak cerita tentang Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.
Bila dibaca satu demi satu, boleh buat sakit jiwa. Mana tidaknya, Ira muncul dalam siaran langsung orang lain, manakala Sarah pula sibuk buat serangan balas terhadap bekas madunya itu.
Memang tidak akan berkesudahan cerita mereka kalau terus begini dan kita sebagai penonton memang rasa serabut.
Bagi Diva, untuk hal ini, Sarah perlu senyap tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan diri.
Kalau lebih banyak membalas dan bersuara, lebih banyak aib sendiri yang terlondeh nanti.
Kemudian Diva ternampak juga ada individu yang menegur Sarah berhenti bercakap mengenai rumah tangganya dengan tidak melayan komen-komen mengarut daripada netizen.
Harap Sarah ambillah pandangan netizen itu ya. Diva nak cakap lebih-lebih pun tak berani sebab tidak ada dalam situasinya.
DIVA: Cantiknya Angeline Tan bertudung. Memang awet muda sungguh.