G-Dragon milik Warner Records?

SEJAK menamatkan kontrak bersama YG EYGntertainment pada Jun lalu, penyanyi G-Dragon tiba-tiba hilang dari radar industri.

Terbaharu, bekas anggota kumpulan BigBang itu dikhabarkan sudah bersama agensi Warner Records.

Berita tersebut disebut-sebut apabila foto sebuah papan tanda dengan tulisan ‘Selamat Datang G-Dragon, daripada Warner Records tular.

Peminat yakin bahawa pelantun lagu Bang Bang Bang itu telah menandatangi kontrak eksklusif bersama Warner Records.

Namun, dalam masa sama ada antara pengikut tegarnya berpendapat penyanyi itu hanya mengadakan lawatan ke syarikat terbabit untuk sebuah acara.

Sehingga kini, penyanyi idola itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok