Fazura terharu, rakan ‘labur’ ribuan ringgit

PELAKON, Nur Fazura menzahirkan rasa syukur apabila kenalan terdekat sanggup melabur ribuan ringgit untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.

Menurut aktres yang genap usia 40 tahun pada 27 September lalu itu, kenalan rapat yang hadir pada majlis tersebut mengeluarkan duit poket sendiri sekitar RM500 hingga mencecah ribuan ringgit demi menyempurnakan hari istimewanya.

“Lagi satu kejutan pada malam hari lahir saya! Jujurnya, saya ‘speechless’. Selalunya saya yang gembira nak rancang sambut hari lahir orang lain, tapi tahun ini berbeza, sangat sayu untuk semua kejutan.

“Terima kasih kawan-kawan yang membuatkan saya rasa dicintai dan dihargai, hampir semua kawan yang datang malam itu keluarkan duit.

“Ada yang RM500 seorang, yang beribu pun ada. Tidak kurang juga yang luangkan masa dan usaha untuk sama-sama sambut hari lahir saya,” tulisnya dalam Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Antara selebriti yang hadir meraikan majlis tersebut adalah Mimi Lana, Sherry Alhadad, Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada aktor, Fattah Amin itu turut menyatakan dirinya kini lebih selesa berada dalam kelompok persahabatan yang kecil.

“Semakin tahun berlalu pergi, orang di sekeliling saya semakin kecil dan saya sangat bersyukur untuk semua orang yang Allah izinkan ada, yang lama dan yang baru.

“Apa yang paling penting sekarang adalah keikhlasan dalam persahabatan, yang sememangnya jarang berlaku pada masa kini.

“Bersyukur untuk semua pengajaran dan semoga Allah SWT sentiasa kurniakan saya dan kita semua petunjuk serta hikmah-Nya yang terbaik di dunia akhirat, mudah-mudahan. Amin,” kata Fazura. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok