Hebat! Beenzino dapat pengiktirafan global

SATU penghargaan buat rapper Beenzino apabila video muziknya mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Menurut agensinya Bana, video muzik video bagi lagu yang dipetik daripada album terbaharunya, Nowitzki yang berjudul Camp memenangi anugerah video muzik terbaik.

Bukan satu tetapi video muzik tersebut menang dalam dua acara iaitu di California International Shorts Festival dan London Independent Film Awards.

Video muzik Camp menceritakan kisah menyentuh hati kehidupan sebenar askar Korea Selatan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok