‘Janda dua anak saya okey, lebih daripada itu tak mampu’

PELAKON dan pengacara Jaa Suzuran mengakui menjadi buruan wanita berstatus ibu tunggal atau janda yang mencuba nasib untuk menjadi pasangan hidupnya.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata, ruangan mesej platform Threadsnya dibanjiri dengan luahan golongan tersebut yang ada segelintir hadir dengan ‘pakej’ iaitu anak.

“Sebenarnya memang ada ramai ibu tunggal yang baik-baik nak berkenalan dengan saya.

“Namun, bila sudah terlalu ramai yang hantar mesej cuba nasib, saya meneliti setiap satu dan tapis.

Paling kelakar, ada yang datang dengan pakej enam, empat dan sepasang anak. Saya hanya mampu terima dua orang anak sahaja, lebih daripada itu saya tak mampu,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada malam gala filem Tiket Sehala, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Jaa terbuka untuk mengenal lebih dekat dengan wanita berstatus ibu tunggal dan tidak menolak sekiranya menjadi pasangan hidupnya.

“Bagi saya, janda atau anak dara sama sahaja cuma pengalaman hidup yang membezakan.

Saya okey sahaja sebab memang suka budak-budak tetapi janganlah sampai anak itu sudah berumur 17 tahun. Nanti tak fasal-fasal saya pula yang kena ‘bantai’ dengan anak dia.

“Keluarga saya okey sahaja, asalkan kami boleh hidup bahagia selama-lamanya dan faham satu sama lain,” katanya lagi.

Sementara itu, Jaa bakal muncul dalam filem arahan Rahila Ali, berjudul Tiket Sehala yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Filem bergenre ‘survival thriller’ yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos depan itu dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa, Zaki Yamani dan Noki K-Clique. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok