Luar biasa! Sampah resepsi Taylor Swift ‘sold out’

DEMAM perkahwinan pasangan sensasi, Taylor Swift dan Travis Kelce mencetuskan fenomena luar biasa apabila sampah yang dikutip di sekitar lokasi majlis mereka habis dijual kepada peminat sebagai koleksi edisi terhad.

Seniman dari New York, Justin Gignac mengumpulkan pelbagai barangan yang ditinggalkan di luar Madison Square Garden selepas majlis perkahwinan pasangan itu pada 3 Julai lalu sebelum mengubahnya menjadi karya seni dalam kubus plastik lutsinar.

Antara barangan termasuk puntung rokok, penutup botol minuman, penyedut minuman, peralatan makan pakai buang, alat ujian kesuburan dan sebelah fon telinga AirPods.

Lebih 1,300 unit koleksi itu habis dijual pada harga AS$25 iaitu kira-kira RM106 setiap satu, tidak termasuk kos penghantaran ke lebih 30 negara.

Menurut Gignac, semua barangan dikutip sendiri di sekitar lokasi majlis dan setiap kubus dimeterai serta ditandatanganinya sebagai koleksi unik sempena perkahwinan pasangan selebriti berkenaan.

Fenomena tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam media sosial apabila ramai menyifatkan itu bukti pengaruh luar biasa Swift sehingga sampah majlis perkahwinannya turut menjadi buruan peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok