‘Banyak ingin diperkatakan, moga urusan Syed Saddiq dipermudahkan’

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah urusan tunangnya juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq  berhubung kes dihadapinya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok dipermudahkan.

Menurut pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 33, meskipun terdapat banyak perkara yang ingin diluahkan berhubung situasi tersebut, dia memilih untuk menyerahkan segalanya kepada takdir melalui kekuatan doa.

“Banyak yang ingin saya katakan.

Hanya doa dan harapan agar segala urusan esok dipermudahkan, hati terus dikuatkan dan kebenaran berpihak pada yang benar,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memohon agar dapat bersama-sama mendoakan yang terbaik buat bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan.

“Mohon titipkan doa yang baik-baik buat YB Syed Saddiq.

Bismillah, Allah SWT Maha Adil dan saya percaya setiap doa daripada orang yang baik tidak akan pernah sia-sia.

“Insya-Allah, amin,” katanya lagi.

Selepas ditangguh pada 30 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan esok bagi keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan pemilik nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan itu, Syed Saddiq boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok