Ate Kome, I Love You!, bila dendam jadi cinta

PLATFORM penstriman Viu sekali lagi muncul dengan sebuah naskhah komedi yang mampu menggeletek hati penonton menerusi drama Ate Kome, I Love You! (Hey You, It’s Just
Love).

Dibintangi Bella Dowanna dan Aniq Suhair, drama bergenre komedi romantik itu mula ditayangkan pada 25 Jun lalu, setiap hari Khamis dan Jumaat.

Naskhah 12 episod tersebut mengisahkan Mila lakonan Bella yang melalui konflik keluarga termasuk bercerai dengan suaminya, Daniela.

Takdir mempertemukannya semula dengan Mamat (Aniq) yang pernah menjadi musuhnya suatu ketika dulu. Bermacam-macam adegan lucu dan menyentuh perasaan yang bakal disajikan kepada penonton.

Antara pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Amy Mastura, Ieda Moin dan Nurel Baharin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok