’Kalau rupa sama kipas di rumah, henti fikir tentang kahwin’

USIA bakal mencecah 40 tahun, pelakon Fatiya Latiff mengakui enggan lagi memikirkan tentang perkahwinan.

Menurut Fatiya, 39, kebahagiaan dalam hidup bukan bergantung dengan memiliki pasangan sahaja sebaliknya boleh dirasai dengan pelbagai cara lain.

“Bagi saya apabila usia hampir mencecah 40 tahun, saya sudah tidak lagi berfikir tentang kahwin.

“Melainkan kalian masih cantik dan memiliki harapan lagi.

“Namun kalau rupa kalian itu hampir sama dengan kipas di rumah, hentikanlah harapan itu,” katanya dalam Threads.

Ujar Fatiya, dia kini dalam usaha untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup dengan cara lain selagi dunia belum berakhir.

“Saya cuba mencari kegembiraan itu dari arah yang lain pula.

“Ini kerana dunia belum berakhir lagi dan siapa setuju?” ujarnya

Tahun lalu, dia juga pernah menyuarakan pendapat perkahwinan bukan satu kewajipan.

Katanya, individu yang silap memilih pasangan boleh membawa kepada penderitaan yang berakhir dengan penceraian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok