Syed Saddiq menari lagi, masih ‘kayu’ tapi lulus!

SEJAK mengikat tali pertunangan, orang kata kelucuan Syed Saddiq dilihat semakin menjadi-jadi.

Terbaharu, dia sekali lagi mencuba nasib dengan menari sambutan Hari Gawai dan Kaamatan tahun ini bersama Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Meski dilihat masih kekok dan ‘kayu’, kebanyakan peminat merasakan gerakan Syed Saddiq semakin baik berbanding tahun lalu.

“Selamat menyambut Hari Kaamatan dan Gawai. Tahun ni cikgu Bella sudah insaf.

“Demi menutup aib pelajar, tugasan menari dibuat jauh lebih mudah. Akhirnya pelajar ini ‘lulus’ juga selepas 999 kali rakaman,” katanya.

Lucunya, meski tariannya tidak terlalu teruk, ramai juga berseloroh meminta Syed Saddiq hanya aktif dalam dunia sukan larian sahaja, namun Ahli Parlimen Muar tersebut memberitahu usaha tersebut adalah untuk membalas budi.

“Sudah bawa satu famili sertai berlari sekali.

“Kali ini kena balas budi dengan menari pula walaupun aib tersebar luas,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok