Demi anak, Diana Danielle cari cef peribadi

MEMENTINGKAN kesihatan insan tersayang, pelakon Diana Danielle mencari cef peribadi yang boleh menyediakan makanan berkhasiat bagi membolehkan anak-anaknya mendapat nutrisi penuh.

Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 34, berikutan kesibukan kerja dia memerlukan segera bantuan pakar yang mampu menyediakan hidangan lengkap setiap hari.

“Mungkin saya memerlukan seorang cef peribadi di rumah sekarang.

“Seseorang yang boleh datang awal pagi dan masak dua ke tiga hidangan sehari.

“Anak-anak saya perlukan kepelbagaian makanan yang saya rasa pembantu rumah biasa tidak dapat sediakan dan saya sangat sibuk tahun ini,” katanya dalam hantaran di Threads.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, anak-anaknya menjalani rutin harian yang aktif, sekali gus memerlukan makanan berkhasiat.

Malah Diana juga meminta mereka yang mempunyai kriteria dimaksudkan boleh menghubunginya secara langsung.

“Mereka tak boleh hari-hari makan nasi berlauk, mereka perlukan makanan spesifik untuk jadual mereka yang padat.

“Kalau anda ada ilmu tentang nutrisi, boleh masak pelbagai jenis hidangan dan boleh menjadi chef peribadi boleh mesej secara peribadi kepada saya,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkahwinannya dengan bekas suami yang juga pelakon dan pengarah, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok