Minta pinjam ribu-ribu, dah ‘transfer’ senyap – Sheila Rusly

PELIK dengan sikap peminjam wang, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengakui pernah berdepan individu yang sanggup merayu agar kemahuan dipenuhi namun ‘menyepi’ selepas dibantu.

Sheila, 55, berkata paling membuatkannya rasa terkilan apabila ada diantaranya seperti tiada adab kerana langsung tidak mengucapkan terima kasih.

“Pagi ini saya nak meluah rasa tak puas hati dengan orang yang suka meminta-minta, meminjam, bukan sikit tahu tapi beribu-ribu.

“Masa nak meminjam dialog bukan main sedih kalah drama Samarinda. Bila duit dah transfer senyap. Dia pula ‘ghost,’ kita.

“Sepatah kata terima kasih pun tak ada. Sempat lagi ke nak batalkan duit tu,” selorohnya.

Luahannya meraih pelbagai respons khalayak yang turut berkongsi pengalaman berdepan peminjam duit sedemikian.

“Pernah kena juga sis. Nak pinjam duit, macam-macam cerita dia sampaikan buat kita kesian. Lepas duit dah dapat, terus tukar nombor telefon,” ujar seorang netizen.

“Kadang-kadang bukan marah sebab duit semata-mata pun, tapi sebab kepercayaan itu yang orang ambil ringan,” tulis pemilik akaun Threads lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok