Selamat berehat di negeri abadi ‘abah’ – Beto Kusyairy

“SELAMAT kembali dan berehat di negeri abadi ‘abah'”.

Demikian coretan aktor Beto Kusyairy susulan pemergian pelakon veteran Allahyarham Jalil Hamid hari ini.

Menurut Beto, dia berasa bertuah kerana berpeluang bergandingan dengan pelakon yang disifatkannya sebagai bintang legenda dalam industri hiburan tempatan.

“Arwah akan sentiada menjadi abah kegemaran saya di skrin dan sangat beruntung kerana berpeluang bekerjasama dengannya.

Semua memori kita lalui di set penggambaran dan magis yang dicipta akan saya jadikan harta paling berharga. Abah akan sentiasa dirindui,” katanya.

Dalam hantaran sama, Beto menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan Allahyarham Jalil Hamid.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

Kita kehilangan seorang insan bertaraf legenda dalam bidang seni dan semoga namanya sentiasa terpahat dalam doa-doa kita,” katanya lagi.

Antara filem yang pernah dibintangi Beto dan Allahyarham adalah Bisik Pada Langit.

Hari ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergiaan Allahyarham Jalil Hamid yang disahkan meninggal dunia dalam tidur.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas Asar hari ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok