KETIKA ramai yang sedang tumpang gembira melihat episod bahagia Bella Astillah melangkah ke fasa baharu hidup selepas bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, ruang media sosial kembali berkocak dipanaskan onar Sarah Yasmine dan Ruhainies.
Saat Bella menyulam bahagia, ada pula pihak dilihat masih sibuk mengais kisah lama untuk menagih perhatian.
Kekecohan terbaharu bermula apabila Sarah menerusi Threads memuat naik beberapa hantaran yang menuntut penjelasan daripada Bella dan adiknya, Didi Astillah, berhubung dakwaan kononnya ada janji lama yang belum ditunaikan.
Hantaran berkenaan pantas menjadi bualan ramai kerana isu tersebut timbul secara tiba-tiba ketika perhatian umum sedang terarah kepada pertunangan Bella.
Ramai netizen mempersoalkan mengapa baru sekarang insiden yang berlaku dua tahun lalu dibangkitkan semula, seolah-olah menunggu waktu paling sesuai untuk mencuri tumpuan.
Tidak terhenti di situ, Sarah turut memberi bayangan masih menyimpan pelbagai bukti kononnya mampu mendedahkan aib lebih besar tentang Bella.
Namun, umpan sensasi yang cuba memancing perhatian nampaknya gagal apabila netizen Malaysia bertindak menjadi ‘peguam bela’ percuma buat Bella.

PERCUBAAN demi percubaan Sarah Yasmine menjatuhkan Bella kini dianggap sebagai jenaka oleh netizen di Malaysia.
Bahkan ramai yang menyifatkan Sarah hanyalah watak sampingan dan kenyataannya walau berbaur pedas langsung tidak meyakinkan apatah lagi selepas isu tambang Grab menjadi kecoh.
Seorang pengguna menulis: “Asyik ulang-ulang cerita yang sama, sudah basi.”
Ada juga berpendapat apa sahaja pekung yang cuba dibongkar Sarah kini tidak lebih sebagai jenaka berbanding sesuatu yang wajar diambil serius.
Dalam masa sama, pelakon Ruhainies turut tampil mempertahankan diri selepas namanya kembali dipetik dalam pertikaian tersebut. Kata Ruhainies, dia mahu semua pihak berlaku jujur dan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sampai bila nak tipu netizen? Ya, kita tidak wajib menjawab kepada semua orang, namun mereka berhak mengetahui perkara sebenar.
“Sampai bila mahu terus memperdayakan orang ramai? Mereka berhak mengetahui kebenaran dan apa juga penilaian yang dibuat itu sepenuhnya hak mereka. Setiap orang bebas mempunyai pandangan masing-masing,” tulisnya dalam aplikasi Threads.
Bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak meredakan keadaan apabila ramai netizen beranggapan semua pihak sepatutnya sudah menutup buku lama.
Kalau betul semua dah ‘move on’, kenapa cerita sama masih berulang?” tulis seorang pengguna media sosial.
RUHAINIES dilihat seiring dengan Yasmin dan masih belum selesai dengan Bella.
Dalam kekecohan yang memuncak itu, Bella pula memilih jalan berbeza, dia berdiam langsung tidak melatah atau membalas sebarang dakwaan.
Sebaliknya, penyanyi dan pelakon itu dilihat sibuk menyantuni mangsa kebakaran di Sandakan, Sabah, sekali gus mengundang pujian ramai.
Tindakan Bella turun padang membantu masyarakat ketika namanya diperkatakan dianggap gambaran jelas tentang keutamaan sebenar dirinya ketika ini.
Ramai netizen menyifatkan sikap berdiam diri sambil melakukan kerja kebajikan sebagai jawapan paling matang terhadap segala provokasi.
Tidak keterlaluan dikatakan, semakin kuat kisah lama cuba dihidupkan, semakin tinggi sokongan khalayak terhadap Bella kerana satu Malaysia mahu melihatnya bahagia.
Kini, apa jua bentuk ancaman yang cuba mengganggunya dianggap seperti angin lalu oleh netizen dan rakyat Malaysia. – HIBGLAM

