‘Bukan ikat jamin suami, RM40,000 untuk langsai hutang’

“MENGIKUT perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami.”

Demikian penegasan pelakon Azar Azmi berhubung tuduhan menggunakan duit pemberian usahawan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri untuk urusan mengikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen.

Menurut Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, orang luar sesuka hati menyebarkan dakwaan liar tanpa mengetahui perkara sebenar dilaluinya.

“Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya daripada saya.

Orang boleh tulis dan cakap apa sahaja, saya sebagai manusia biasa tidak mampu menutup kata-kata manusia.

“Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal,” katanya kepada HibGlam ketika Majlis Rumah Terbuka Media Prima,  hari ini.

Sambung pelakon drama Maaf Tak Indah itu, dia tidak menyedari sebarang perkara mencurigakan dilakukan suaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak dia pergi kerja macam orang lain.

“Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia.

“Tiada kemewahan, menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai duit pemberian Aliff, Azar berkata,  dia akan gunakan untuk melunaskan hutang suami yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

Duit RM40,000 yang dapat daripada Datuk Aliff Syukri akan saya gunakan untuk melangsai hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu,” katanya.

Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas kes dakwaan penipuan duit.

Begitupun, Azar dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Dalam prosiding pada Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Siri TV

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok