PENYANYI legenda Bollywood, Asha Bhosle, 92, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi di sebuah hospital di Mumbai, India akibat masalah jangkitan paru-paru dan kelihatan berpanjangan.
Berita duka itu disahkan anak lelaki mendiang, Anand Bhosle kepada pihak media tempatan yang menunggu di luar hospital.
“Ibu saya meninggal dunia hari ini. Kepada yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh datang ke kediamannya esok pukul 11 pagi,” katanya.
Asha dikejarkan ke hospital pada petang Sabtu selepas mengalami keletihan melampau.
Pemergian mendiang ditangisi ramai penggiat seni dan menjadi kehilangan besar buat seluruh industri perfileman Bollywood.
Disifatkan sebagai salah seorang penyanyi ikonik di India, Asha pernah merakamkan lebih 12,000 buah lagu sepanjang kariernya sebagai penyanyi sejak tujuh dekad lalu.
Antara lagu popular nyanyiannya adalah Chura Liya Hai Tumne (filem Yaadon Ki Baarat) dan Le Gayi (Dil To Pagal Hai). – HIBGLAM
