Dua Lipa, Callum Turner rahsia tarikh kahwin

BUKAN lagi rahsia, penyanyi Dua Lipa dilaporkan sedang merancang majlis perkahwinan secara tertutup bersama pelakon, Callum Turner.

Pasangan yang bertunang tahun lalu itu kini dalam fasa terakhir melakukan persiapan majlis, namun enggan mendedahkan tarikh serta lokasi hari bersejarah mereka.

Menurut sumber, majlis tersebut dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat iaitu sebelum Dua Lipa menyambut ulang tahun ke-31 pada Ogos depan.

Biarpun mempunyai kenalan selebriti seperti Elton John, Olivia Dean dan Mark Ronson, pasangan terbabit memilih untuk mengekalkan suasana intim.

Difahamkan mereka berusaha menyimpan segala butiran penting majlis perkahwinan tersebut agar tidak dihidu paparazi.

Begitupun, penyanyi berusia 30 tahun itu kini dilihat lebih terbuka menunjukkan kemesraan dengan tunangnya berbanding sebelum ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok